Aku masih kat sekolah masa tu dengan seorang cikgu yang baru masuk ke dalam sekolah itu. Tiba-tiba, Guru Besar menelefonnya. Dia mengatakan bahawa kami berdua perlu datang dengan segera dimana dia berada. Pada mulanya, aku tidak rasa mahu ikut bersama. Tetapi selepas berkali-kali dipujuk, akhinya aku terima juga. Guru itu membawa aku ke keretanya. Pada luarannya, ialah Inspira biasa warna putih. Tetapi di dalamnya penuh dengan senjata. Aku terus pucat. Selepas lama mendiamkan diri, guru itu memberi tahu aku yang dia sebenarnya adalah seorang ejen rahsia yang diupah untuk jadi guru di sekolah aku. Lima belas minit berlalu, akhirnya sampai jugak kami di sebuah pusat membeli belah yang sungguh besar. Aku bertanya pada cikgu itu, apa yang GB buat di sini? Guru itu menjawab, Dia ada kat sini atas urusan jual beli yang haram. GB juga dipaksa untuk jadi kambing hitam kumpulan tu. Jadi, sebagai ejen yang diupah, cikgu itu pon menjalankan tugasnya. Kami masuk kedalam pusat membeli belah itu. Kami ternampak GB menuju ke arah kami.Dengan pantas, dia berkata sesuatu terhadap guru itu. Malangnya, guru itu tidak mendengar satu perkataan pun. Kami mula berjalan menuju ke GB yang mulai pergi. Tiba-tiba, GB dikepung oleh sekumpulan lelaki berpakaian hitam. GB cuba meminta tolong. Guru itu menyuruh aku pergi. Kebetulan, aku ternampak Amir Haziq, rakan sekelas aku. Rupanya, dia telah mengekori aku dan guru itu masuk kedalam kereta. Kami berdua mengekori salah seorang ahli kumpulan itu sehingga masuk ke dalam sebuah kedai di dalam pusat membeli-belah itu. Dia memberi amaran supaya tidak datang dekat. Aku dan Amir masih berdegil. Kami terus berjalan menuju ke arah lelaki itu. Dia melepaskan tembakan yang hampir mengenai Amir. Amir berundur. Aku masih mengekori lelaki itu. Aku berjaya mendapatkan pistol di tangan lelaki itu. Aku mengacukan pistol itu ke arah lelaki itu. Dia berasa takut kerana yakin aku akan menembaknya. Tapi hatiku berasa takut. Takut sekiranya aku dipenjara kerana membunuh orang. Dengan pantas, lelaki itu lari. Aku mendapatkan Amir yang terasa ingin pengsan. Kami segera menelefon polis. Lima minit kemudian, polis sampai. GB dan guru itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis berjaya menangkap semua suspek. Akhirnya pusat membeli-belah itu berada dalam keadaan aman.
Cerita daripada: Afiq berdasarkan mimpi x)
Thursday, November 03, 2011
. . .
Posted by Afiq Halek at 23:46
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment